Wednesday, August 4, 2010

KeP@D@ y@Ng ??? F!k!RL@H...


Kepada yang masih SINGLE
Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kaubiarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, Tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerima. Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN... Cinta bukannya mencari seseorang yang "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL
Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.

Kepada yang PATAH HATI

Sakit... luka? hancur.. patah hati... bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil dan di hayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa2. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar2 dialami.

Kepada yang ingin MENGUASAI
Hatimu patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu. Kepada yang takut MENGAKUI... Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dengan mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila Orang yang kau cintai langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yang masih MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI
Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan..

Sometimes in life, you find a special friend; Someone who changes your life just by being part of it. Someone who makes you laugh until you can't stop; Someone who makes you believe that there really is good in the world. Someone who convinces you that there really is an unlocked door just waiting for you to open it.


-- 
""There is still nothing more powerful than one HUMAN being reaching out to other." "DO WHAT IS RIGHT AND NOT WHAT YOU THINK IS RIGHT""

-- 

Sunday, August 1, 2010

BoDoH T@P! BeN@R

*****
     Ketika aku masih sekolah menengah, satu kejadian yang x dapat aku lupakan...Pada waktu nak masuk maghrib la katakan aku ni degil nak kuar g kedai jugak padahal masa tu ujan....Aku senyap2 la kuar amik kunci moto ayahku..Apabila tiba di moto aku pun nak start..jeng2...masa tu moto dah ada gear...sekali aku start berjalan moto tu melelong2 terus masuk dalam longkang ngan aku2 sekali.nasib baik la xde sapa yang tengok....waktu ujan n maghrib plak..mana ada org kuar...hehehe..lama jugak la aku dok dlam longkang 2 nak angkat moto kuar...hbis siku aku berdarah...aku pun x jd g kedai la...aku tgk tayar moto pecah..mampus aku ngan ayah aku..nak jawab pe...mlm 2 ayah aku tnya napa ngan moto aku ckp xtau..mungkin kena paku kot masa naik td..padahal moto abah masuk longkang.hehehe....


******
    Ni plak masa aku hbis sekolah, aku kuar g kedai nak g beli topup...masa tu perayaan tahun baru cina..kedai kat umah aku semua tutup la...last2 naik moto kuar g beli kat 7eleven...topup yang aku beli 2 aku simpan dulu sebab dlm fon ada lg kredit...mlas la nak topup..aku pn blik kampung ngan family..dlm perjalanan pulang dr kampung nak blik umah aku pun nak topup la..masuk no pin..pas2 tekan call..aku dapt msg yg no pin tak sah..aku cuba lg skali tp tetap sama gak...aku bg tau abah aku.topup x bleh..abahku pun terus la p kat 7eleven yg aku topup td..aku turun sorg g jumpa ngan pekerja 2 ckp topup x msuk...dia pn minx no fon aku nak p cek n call btul x topup x masuk g kat maxis center..tiba2 baru aku teringat nak cek baki..rupa2nya topup dh masuk..aku pn nak tergelak la...bkn nak tengok dulu.terus melulu nak g tnya...hehehe..last2 pekerja 2 ckp topup masuk lama dh...aku pn pura2 ckp topup bru je masuk..ermm apa g aku pun kuar la pas ucap thanks.hehehehe


$weet Memor!es with Them


     Masa ni aku tengah praktikal, semua staf-staf di situ memang hapenning giler..bila time keje je mesti dorg akan plan apa nak wat pas hbis waktu keje...selalunya dorg akan g main bowling..dekat situ pantang je ajak g main bowling mesti semua nak p....tapi masa ni cuma beberapa je la yg g...yg lain semua ada hal...


     Memang best giler time tu...yg g semua hebat2 blaka..siap bawa bola masing2...lau main ngan dorang mesti last la point aku..tapi xpe kita harus berusaha..kadang2 aku ni pun apa kurangnya..heheheh..boleh dikatakan terer la gakk...(syok sendiri) hahaha......aku ni pulak jenis pantang lau orang ajak g main...mesti nak p punya kecuali lau ada hal2 tertentu....

Ketika bermain bowling di Mahkota Parade ,Melaka

Gaya seorang pro la katakan.hahaha

Bersama kak yana pas hbis keje terus g main bowling


Sempat bergambar g..akulah yang jd tukang tangkapnye

Ni lah staf-staf yang pantang ajak g main bowling

     Best giler la masa ni....sekarang aku dh masuk belajar blik...tak dapat la nak main bowling ngan dorang g...Lau ada masa aku akan join ngan dorang g main bowling....hehehe



Luahan Hatiku...

       Apa nak jadi dengan aku pun tak tau..hati orang aku jaga, xnak di sakiti tapi hati aku tiada sapa yang tahu apa yang terjadi...kalau dapat tengok mesti dah membengkak menahan perasan dari dulu lagi...ermmm..kalau orang tengok nampak biasa je aku ni..tapi disebalik hanya aku je yang tahu..

       Hari ini berlalu tanpa apa-apa yang pasti sama juga macam smalam.aku ingat aku nak dengar suara dia nak happy untuk wat hati aku gembira..pada mulanya memang happy, terubat jugak la rindu tapi bila lama mendengar mesti ada salah paham antara kami...padahal aku x wat apa2 pun..dalam sehari lau x bergaduh memang x sah..boleh dikatakan macam hobi la...

Walaubagaimanapun, aku amat menyanyangi dia.Tidak kira apa yang berlaku antara kami. Aku harus bersabar akan karenah dia untuk bertahan..Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.mesti ada hikmah di sebalik semua ini.Amin....

Saturday, July 31, 2010

Rama-Rama Dan Bunga

Aku ingin bercerita tentang seorang lelaki yang meminta bunga dan rama-rama yang cantik....

Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama.

Namun Allah memberikannya kaktus dan ulat.


Lelaki ini sedih, tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaannya

Kemudian dia berfikir: Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan

Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya

Selepas satu tempoh, lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya

Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik


Dan daripada ulat yang terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik

Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul!

Cara Allah sentiasanya cara terbaik,
Walaupun kelihatan semuanya salah.

Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain
dari Allah, PERCAYALAH

Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai.

Apa yang and pinta...

....tidak semestinya apa yang diperlukan!

Allah tidak akan gagal memenuhi 


permintaan,

teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh.


DURI hari ini...

Adalah BUNGA hari esok! 

Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah buat kita, itulah yang terbaik. 
















Trip Ke Melaka Bandaraya Bersejarah


      Akhirnya aku berjaya juga sampai ke Melaka Bandaraya Bersejarah.Negeri yang ingin ku lawati selama ini dari kecil...tetapi tidak dapat..banyak halangan apabila aku ingin pergi ke sana...

      Semasa aku tingkatan 5, aku sebagai ajk asrama di sekolah..masa tu asrama aku ada buat rombongan untuk ajk-ajk asrama ke Melaka..Setelah aku dengar cerita tu memang best giler la..aku dapat pergi...tapi pada minggu itu jugak aku ada pertandingan bola jaring peringkat daerah...aku dan kawanku membuat keputusan untuk tidak bermain bola jaring dan hendak ke Melaka...akan tetapi berita ini di dengari oleh jurulatih..Sehari sebelum dorang berangkat ke Melaka, aku dan kawanku tidak dibenarkan ke Melaka kerana harus menyertai pertandingaan tersebut kerana itu arahan dari pengetua sekolah...aku menangis setelah diberitahu tidak dapat ke Melaka...(biasa la zaman sekolah perangai pun macam budak2..hehehe)

    Sejak itu aku terfikir bila pulak aku akan ke sana..Setelah aku belajar di politeknik.Aku harus menjalani latihan industri.Aku memilih Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang sebagai tempatku menjalani latihan industri..Setelah praktikal di situ aku diberitahu bahawa SUKMA akan berlangsung di Melaka pada tahun ini...aku begitu gembira apabila dapat pergi ke sana sebagai urusetia..Pada bulan 4 tahun ini aku pergi ke Melaka selama seminggu untuk membereskan kerja disana sambil jalan-jalan cari makan la katakan...hehehe..

Inilah tempat2 yang aku lawati semasa berada di Melaka:


Mahkota Hotel Melaka-tempat aku menginap


A Famosa

Mahkota Parade-Shopping Mall


Historical center of Melaka

Eye On Melaka


Beca di waktu malam


Jetty dan restoren

Jonker Street

    Best giler setelah aku pergi ke Melaka ari tu...Itulah saat-saat yang aku tak boleh lupakan..biasa la family aku ni kurang cikit berjalan...sebab 2 aku teringin hendak ke Melaka...hehehehe...




Present last praktikal & my birthday

     Pada bulan Januari hingga Jun, aku menjalani praktikal di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP), di Batu Uban. Best giler masa kat MSNPP. Boleh berkenalan dengan ramai orang.. Staf-staf di situ semua baik2 dan giler2 perangai dorg..Tidak kira tua atau muda..semua sama saja...aku tidak tahan melayan kerenah dorang semasa praktikal di situ...Semua yang berada di MSNPP ku anggap seperti keluarga ku sendiri....

     Pada minggu terakhir aku di sana, minggu itulah semua staf akan berangkat ke Melaka untuk Temasya Sukan Malaysia (SUKMA).. aku melihat salah seorang staf sedang mengutip duit, aku tidak tahu duit apa yang dikutip oleh dorang. Bila aku tanya, dorang buat pura-pura tak tahu...tapi aku dapat agak yang dorang akan membuat satu majlis....untuk siapa aku tak tahu...(rahsia)....

Pada tarikh 28 May 2010, pada pukul 1 iaitu pada waktu lunch dorang mengajak aku ke Bilik Cemerlang...tp sebelum itu aku dapat agak yang dorang semua adakan satu majlis untuk aku sempena aku nak tamat praktikal disitu dan untuk birthday aku yang akan datang...aku pun turun ke Bilik Cemerlang bersama kak yana..Setibanya di Bilik Cemerlang, di dapati semua staf sudah berada disitu...

    Tuan Pengarah pun memberi ucapan, di ikuti oleh semua ketua2 unit...Dorang sempat mengusik aku semasa memberi ucapan...Kini tiba pula giliran aku untuk memberi ucapan dan sekaligus memotong kek yang disediakan...Ermmm...sedap kek ini....dan aku dapat tiga ekor bears dan satu kad ucapan yang besar yang telah ditandatangi oleh semua staf MSNPP. Maka bermulalah jamuan tersebut...


Itulah kisah aku semasa minggu terakhir di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.Terima kasih aku ucapkan kepada semua staf MSNPP 


Secret Recipes-Blueberry Cakes


Cakes yang telah diletak lilin


Hadiah yang diberi kepadaku

Kad Ucapan


Autograf semua kakitangan MSNPP



Posing bersama kad ucapan dan kek