Saturday, July 31, 2010

Present last praktikal & my birthday

     Pada bulan Januari hingga Jun, aku menjalani praktikal di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP), di Batu Uban. Best giler masa kat MSNPP. Boleh berkenalan dengan ramai orang.. Staf-staf di situ semua baik2 dan giler2 perangai dorg..Tidak kira tua atau muda..semua sama saja...aku tidak tahan melayan kerenah dorang semasa praktikal di situ...Semua yang berada di MSNPP ku anggap seperti keluarga ku sendiri....

     Pada minggu terakhir aku di sana, minggu itulah semua staf akan berangkat ke Melaka untuk Temasya Sukan Malaysia (SUKMA).. aku melihat salah seorang staf sedang mengutip duit, aku tidak tahu duit apa yang dikutip oleh dorang. Bila aku tanya, dorang buat pura-pura tak tahu...tapi aku dapat agak yang dorang akan membuat satu majlis....untuk siapa aku tak tahu...(rahsia)....

Pada tarikh 28 May 2010, pada pukul 1 iaitu pada waktu lunch dorang mengajak aku ke Bilik Cemerlang...tp sebelum itu aku dapat agak yang dorang semua adakan satu majlis untuk aku sempena aku nak tamat praktikal disitu dan untuk birthday aku yang akan datang...aku pun turun ke Bilik Cemerlang bersama kak yana..Setibanya di Bilik Cemerlang, di dapati semua staf sudah berada disitu...

    Tuan Pengarah pun memberi ucapan, di ikuti oleh semua ketua2 unit...Dorang sempat mengusik aku semasa memberi ucapan...Kini tiba pula giliran aku untuk memberi ucapan dan sekaligus memotong kek yang disediakan...Ermmm...sedap kek ini....dan aku dapat tiga ekor bears dan satu kad ucapan yang besar yang telah ditandatangi oleh semua staf MSNPP. Maka bermulalah jamuan tersebut...


Itulah kisah aku semasa minggu terakhir di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.Terima kasih aku ucapkan kepada semua staf MSNPP 


Secret Recipes-Blueberry Cakes


Cakes yang telah diletak lilin


Hadiah yang diberi kepadaku

Kad Ucapan


Autograf semua kakitangan MSNPP



Posing bersama kad ucapan dan kek





No comments:

Post a Comment