Saturday, July 31, 2010

Rama-Rama Dan Bunga

Aku ingin bercerita tentang seorang lelaki yang meminta bunga dan rama-rama yang cantik....

Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama.

Namun Allah memberikannya kaktus dan ulat.


Lelaki ini sedih, tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaannya

Kemudian dia berfikir: Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan

Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya

Selepas satu tempoh, lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya

Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik


Dan daripada ulat yang terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik

Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul!

Cara Allah sentiasanya cara terbaik,
Walaupun kelihatan semuanya salah.

Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain
dari Allah, PERCAYALAH

Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai.

Apa yang and pinta...

....tidak semestinya apa yang diperlukan!

Allah tidak akan gagal memenuhi 


permintaan,

teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh.


DURI hari ini...

Adalah BUNGA hari esok! 

Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah buat kita, itulah yang terbaik. 
















Trip Ke Melaka Bandaraya Bersejarah


      Akhirnya aku berjaya juga sampai ke Melaka Bandaraya Bersejarah.Negeri yang ingin ku lawati selama ini dari kecil...tetapi tidak dapat..banyak halangan apabila aku ingin pergi ke sana...

      Semasa aku tingkatan 5, aku sebagai ajk asrama di sekolah..masa tu asrama aku ada buat rombongan untuk ajk-ajk asrama ke Melaka..Setelah aku dengar cerita tu memang best giler la..aku dapat pergi...tapi pada minggu itu jugak aku ada pertandingan bola jaring peringkat daerah...aku dan kawanku membuat keputusan untuk tidak bermain bola jaring dan hendak ke Melaka...akan tetapi berita ini di dengari oleh jurulatih..Sehari sebelum dorang berangkat ke Melaka, aku dan kawanku tidak dibenarkan ke Melaka kerana harus menyertai pertandingaan tersebut kerana itu arahan dari pengetua sekolah...aku menangis setelah diberitahu tidak dapat ke Melaka...(biasa la zaman sekolah perangai pun macam budak2..hehehe)

    Sejak itu aku terfikir bila pulak aku akan ke sana..Setelah aku belajar di politeknik.Aku harus menjalani latihan industri.Aku memilih Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang sebagai tempatku menjalani latihan industri..Setelah praktikal di situ aku diberitahu bahawa SUKMA akan berlangsung di Melaka pada tahun ini...aku begitu gembira apabila dapat pergi ke sana sebagai urusetia..Pada bulan 4 tahun ini aku pergi ke Melaka selama seminggu untuk membereskan kerja disana sambil jalan-jalan cari makan la katakan...hehehe..

Inilah tempat2 yang aku lawati semasa berada di Melaka:


Mahkota Hotel Melaka-tempat aku menginap


A Famosa

Mahkota Parade-Shopping Mall


Historical center of Melaka

Eye On Melaka


Beca di waktu malam


Jetty dan restoren

Jonker Street

    Best giler setelah aku pergi ke Melaka ari tu...Itulah saat-saat yang aku tak boleh lupakan..biasa la family aku ni kurang cikit berjalan...sebab 2 aku teringin hendak ke Melaka...hehehehe...




Present last praktikal & my birthday

     Pada bulan Januari hingga Jun, aku menjalani praktikal di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP), di Batu Uban. Best giler masa kat MSNPP. Boleh berkenalan dengan ramai orang.. Staf-staf di situ semua baik2 dan giler2 perangai dorg..Tidak kira tua atau muda..semua sama saja...aku tidak tahan melayan kerenah dorang semasa praktikal di situ...Semua yang berada di MSNPP ku anggap seperti keluarga ku sendiri....

     Pada minggu terakhir aku di sana, minggu itulah semua staf akan berangkat ke Melaka untuk Temasya Sukan Malaysia (SUKMA).. aku melihat salah seorang staf sedang mengutip duit, aku tidak tahu duit apa yang dikutip oleh dorang. Bila aku tanya, dorang buat pura-pura tak tahu...tapi aku dapat agak yang dorang akan membuat satu majlis....untuk siapa aku tak tahu...(rahsia)....

Pada tarikh 28 May 2010, pada pukul 1 iaitu pada waktu lunch dorang mengajak aku ke Bilik Cemerlang...tp sebelum itu aku dapat agak yang dorang semua adakan satu majlis untuk aku sempena aku nak tamat praktikal disitu dan untuk birthday aku yang akan datang...aku pun turun ke Bilik Cemerlang bersama kak yana..Setibanya di Bilik Cemerlang, di dapati semua staf sudah berada disitu...

    Tuan Pengarah pun memberi ucapan, di ikuti oleh semua ketua2 unit...Dorang sempat mengusik aku semasa memberi ucapan...Kini tiba pula giliran aku untuk memberi ucapan dan sekaligus memotong kek yang disediakan...Ermmm...sedap kek ini....dan aku dapat tiga ekor bears dan satu kad ucapan yang besar yang telah ditandatangi oleh semua staf MSNPP. Maka bermulalah jamuan tersebut...


Itulah kisah aku semasa minggu terakhir di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.Terima kasih aku ucapkan kepada semua staf MSNPP 


Secret Recipes-Blueberry Cakes


Cakes yang telah diletak lilin


Hadiah yang diberi kepadaku

Kad Ucapan


Autograf semua kakitangan MSNPP



Posing bersama kad ucapan dan kek