Saturday, July 31, 2010

Rama-Rama Dan Bunga

Aku ingin bercerita tentang seorang lelaki yang meminta bunga dan rama-rama yang cantik....

Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama.

Namun Allah memberikannya kaktus dan ulat.


Lelaki ini sedih, tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaannya

Kemudian dia berfikir: Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan

Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya

Selepas satu tempoh, lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya

Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik


Dan daripada ulat yang terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik

Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul!

Cara Allah sentiasanya cara terbaik,
Walaupun kelihatan semuanya salah.

Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain
dari Allah, PERCAYALAH

Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai.

Apa yang and pinta...

....tidak semestinya apa yang diperlukan!

Allah tidak akan gagal memenuhi 


permintaan,

teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh.


DURI hari ini...

Adalah BUNGA hari esok! 

Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah buat kita, itulah yang terbaik. 
















No comments:

Post a Comment